SS87: CHEESE TART BAYAM

AILEEZ AFFIERA NUR AQRYSHA BINTI ASRUL AZLI KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

MIIX26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 27 Views | 66 times | LS: 66.0
Like it? | Support them now!

Cheese Tart Bayam diinspirasikan dari bayam merah. Kebiasaannya, bayam merah selalu digunakan dalam masakan seperti tumis air bayam merah, sup bayam merah dan tumis belacan bayam merah. Bayam juga digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak suka akan rasa bayam merah, jadi kami menginovasikan bayam merah kepada pencuci mulut untuk menarik perhatian masyarakat supaya dapat menerima rasanya. Bayam merah terdapat beberapa khasiat seperti dapat menjaga kesihatan mata, meningkatkan sistem pencernaan, menjaga kesihatan jantung, meningkatkan stamina tubuh, menjaga kesihatan kulit, mengatasi asma dan meningkatkan kesihatan rambut. Bayam merah mengutamakan kepada masyarakat yang tidak gemar akan bayam merah. Cheese Tart Objektif inovasi ialah untuk untuk memperkenalkan produk baharu menggunakan bayam merah dan memastikan masyarakat boleh menerima keunikan rasa ini. Selain itu, mempelbagaikan kegunaan bayam merah dalam masakan. Maklum balas produk, masyarakat yang kurang gemar akan bayam ini dapat menerima produk yang kita hasilkan kerana bayam kurang terasa di dalam produk ini.