US252: PORTABLE FORKLIFT

MOHAMED ADAM BIN ABD HARIS College MCS

Projek Portable Forklift ini dibangunkan untuk menghasilkan alat mengangkat beban yang kecil, mudah alih dan selamat digunakan. Projek ini bertujuan menggantikan forklift biasa yang besar, mahal dan sukar digunakan di ruang sempit seperti bengkel kecil dan stor.

Proses pembangunan projek melibatkan reka bentuk, pemilihan bahan dan pemasangan komponen utama seperti rangka, sistem angkat dan roda. Ujian turut dijalankan untuk memastikan forklift ini stabil, selamat dan mampu mengangkat beban dengan baik.

Hasil projek menunjukkan bahawa Portable Forklift ini dapat membantu memudahkan kerja mengangkat barang, menjimatkan tenaga dan mengurangkan risiko kecederaan. Selain itu, penggunaan bateri menjadikan alat ini lebih mesra alam dan kos lebih rendah. Projek ini sesuai digunakan dalam industri kecil dan tujuan pembelajaran.