US330: HEV WIND TURBINE BATTERY CHARGING

AHMAD DANIAL BIN MOHD SUPIAN KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

Kejuruteraan teknologi kenderaan elektrik makin pesat berkembang pada masa ini dan telah banyak syarikat diperkenalkan dan mempromosi kenderaan elektrik masing-masing. Setiap syarikat mempunyai keistimewaan yang berlainan. Dengan berkembangnya kenderaan elektrik ini, di Malaysia keutamaannya pengguna mempunyai masalah pengecasan bateri yang terhad di kawasan-kawasan tertentu. Inovasi yang dibangunkan ini merupakan alat pengecasan bateri tambahan tanpa menggunakan bantuan tenaga dari kenderaan itu sendiri iaitu HEV Wind Turbine Battery Charging yang mana hanya akan membantu mengecas tenaga bateri kenderaan elektrik. Inovasi ini dibuat menggunakan 3 kipas dan menggunakan papan elektronik yang mengubah daripada tenaga arus elektrik AC kepada arus DC untuk kegunaan bateri DC pada kenderaan elektrik. Kipas yang digunakan mempunyai dua fungsi yang mana 1 kipas berfungsi pada kelajuan 60 km/h dan 2 kipas lagi berfungsi apabila kenderaan pada kelajuan atas 60 km/h. Cas elektrik pada kelajuan rendah Adalah rendah berbanding pada kelajuan tinggi. Inovasi ini dipasang berasingan pada kenderaan dan mengambil titik tekanan tertinggi pada hadapan kenderaan yang dikenali sebagai stagnation point. Titik ini berada pada hujung bawah cermin hadapan kenderaan dan inovasi ini diletakkan di tempat tersebut bagi mendapatkan tekanan angin yang paling kuat semasa kenderaan bergerak. Cas elektrik yang didapati pada inovasi ini boleh dikawal dengan papan elektronik yang digunakan dan boleh mengecas sehingga 12V. Walaupun cas yang didapati tidak begitu tinggi tetapi ia dapat membantu dalam proses mengecas tambahan bagi kenderaan elektrik. Syarikat kenderaan elektrik boleh mengadaptasi sistem ini pada kenderaan mereka dengan menambah baik lagi sistem Wind Turbine Charging ini bagi membantu pengguna kenderaan elektrik akan datang.