US255: CUKA KULIT NENAS

MOHD NOOR HELMI BIN ABDUL WAHAB NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS

 

PENGGUNAAN PEEL OF ANANAS COMOSUS SEBAGAI BAHAN ASAS DALAM PENGHASILAN CUKA

 

 

Noble School City Campus

 

Abstrak

Penghasilan cuka daripada sisa makanan merupakan satu inovasi yang menyokong konsep kelestarian dan pengurangan pembaziran. Kajian ini memfokuskan kepada penghasilan cuka daripada kulit nenas, yang lazimnya dibuang sebagai sisa, namun masih mengandungi kandungan gula dan nutrien yang sesuai untuk proses penapaian. Proses penghasilan cuka ini melibatkan proses penapaian. Kulit nenas yang telah dibersihkan akan dicampurkan dengan air dan gula sebelum diperam dalam tempoh tertentu sehingga menghasilkan cuka semula jadi. Produk akhir yang dihasilkan mempunyai aroma yang unik, rasa masam semula jadi serta berpotensi digunakan dalam masakan dan sebagai minuman kesihatan. Inovasi ini bukan sahaja dapat mengurangkan sisa organik, malah memberi nilai tambah kepada bahan buangan dengan kos pengeluaran yang rendah. Oleh itu, penghasilan cuka daripada kulit nenas berpotensi dikomersialkan sebagai produk mesra alam dan berdaya saing di pasaran.

 

Kata Kunci: Kulit nenas, Cuka.