US72: Pick And Place Training Kit

Sameir Iskandar Bin Zul Ezam College MCS

Pick And Place Training Kit ini merupakan salah satu produk yang dapat digunakan untuk pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Programmable Logic Controller (PLC). Tujuan kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan alat pembelajaran untuk aplikasi PLC. Pick And Place Training Kit ini merupakan sebuah contoh mesin automasi yang banyak digunakan dalam kebanyakkan industri di luar sana. Dalam dunia industri, mesin automasi adalah sebuah alat yang membekalkan tenaga elektrik yang biasanya digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas yang berulang, yang mampu meningkatkan efisiensi, dan mampu mampu berjalan dengan lancar serta dapat mengurangkan keperluan tenaga kerja manusia. Mesin automasi ini boleh digunakan di pelbagai industri seperti pembuatan, pertanian, pengasingan dan banyak lagi kegunaan lainnya. Sebagai rujukan dalam pembuatan mesin, mesin ini dikaji mengikut mesin sedia ada yang telah berada di industri. Reka bentuk mesin ini diubahsuai sedikit agar ia lebih mudah untuk  digunakan. Ia juga mudah alih kerana ianya dapat bergerak kemana sahaja kerana ianya mempunyai saiz yang tidak terlalu besar dan muat untuk melalui pintu-pintu kelas di College MCS. Komponen yang digunakan tidak terlalu jauh berbeza dengan komponen yang sudah sedia ada di tempat pembelajaran. Ini juga bagi memudahkan pelajar memahami sistem yang sama. Selain itu, ia juga memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan mesin kerana kebanyakannya menggunakan alat ganti yang sama. Jenis Programmable Logic Controller yang digunakan adalah berbeza dengan Mesin MPS (Modular Production System) Yalong yang sedia ada. Dengan ini, pelajar dapat mempelajari menggunakan Programmable Logic Controller yang berlainan.