US279: MESIN AIS MUDAH ALIH

ARMAN SYAKIR BIN IBRAHIM KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN

MESIN AIS MUDAH ALIH 

ARMAN SYAKIR BIN IBRAHIM, MUHAMAD SYAHMI IKRAM BIN MOHD SANUSI, ROS AMIRA BINTI HARUN, Ts. NUR HIDAYAH BINTI MUHAMAD 

Kolej Vokasional Kemaman

Abstrak

Projek ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membina sebuah mesin ais mudah alih bersaiz kecil bagi kegunaan peniaga dan pengguna yang memerlukan sumber ais yang fleksibel. Projek ini menggunakan komponen yang diperoleh daripada mesin ais sedia ada seperti kompresor, kondenser, cooling coil, pam air dan papan litar (PCB) untuk membangunkan sebuah mesin baharu yang lebih kompak dan mudah dibawa. Pengujian telah dijalankan terhadap sistem elektrik, suhu cooling coil dan masa pembentukan ais bagi menilai prestasi mesin. Hasil dapatan menunjukkan mesin berjaya berfungsi dan mampu menghasilkan ais, namun kuantiti penghasilan ais masih terhad disebabkan kapasiti sistem penyejukan yang kecil. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu membina mesin ais bersaiz kecil dan mudah alih. Penambahbaikan pada sistem penyejukan dan aliran air dicadangkan bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti penghasilan ais pada masa hadapan