MUHAMMAD ISA BIN MAYAKI NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
PEMBANGUNAN PRODUK CUBE HONEY LEMON TEA SEBAGAI MINUMAN
SIHAT DAN PRAKTIKAL.
Muhammad Isa Bin Mayaki, Izz Danish Bin Mohd Azhar, Muhammad Zamir Zakwan
Bin Mohd Nazir, Muhammad Nur Ziqratul Fiqr Bin Abdul Aziz, Nurul Dania Najwa
Binti Mohd Daie, Nurul Najuwa Binti Abdullah, Nur Athirah Binti Amran, Atiqah Auni
Binti Anuar.
Noble School City Campus
Abstrak
Cube Honey Lemon Tea merupakan produk minuman inovasi yang berasaskan bahan
semula jadi iaitu lemon kering, gula perang dan madu. Lemon dikeringkan
menggunakan kaedah cahaya matahari bagi mengurangkan kandungan air serta
mengekalkan aroma dan rasa semula jadinya. Penggunaan lemon yang kaya dengan
vitamin C dapat membantu meningkatkan sistem imun badan serta menyokong
proses pencernaan.
Selain itu, gula perang digunakan sebagai pemanis semula jadi yang membekalkan
tenaga, manakala madu mengandungi antioksidan dan bersifat antibakteria yang baik
untuk kesihatan. Gabungan bahan-bahan ini menjadikan Cube Honey Lemon Tea
sebagai alternatif minuman yang lebih sihat dan mudah disediakan dengan hanya
melarutkannya ke dalam air panas atau sejuk. Produk ini sesuai diminum oleh semua
lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan peringkat usia serta dapat membantu
menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
Kata kunci: Honey Lemon Tea, Cube, Minuman Sihat.