Muhammad Hazriq Idzhar Bin Abdul Samad Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan
Troli meja kimpalan ini dibina untuk memberi kemudahan dalam melakukan kimpalan seperti meletakkan penempatan dan penyambungan bahan yang akan dicantumkan di satu tempat. Pengeluaran troli meja kimpalan ini disebabkan oleh ketiadaan troli khas untuk kimpalan arka di bengkel kimpalan KV(P)TI. Berdasarkan pemerhatian dan kaji selidik yang dijalankan, sukar bagi pelajar untuk membawa mesin kimpalan arka apabila melakukan kerja di luar kawasan bengkel. Di samping itu, troli ini boleh digunakan sebagai meja kimpalan dengan membuka panel di sisi troli. Troli meja ini juga diubah suai daripada troli yang terdapat di pasaran. Antara pengubahsuaian yang dijalankan ialah, menambah laci atau bekas simpanan ke troli, membesarkan saiz troli. Selain itu, troli ini juga diubah suai untuk berbentuk seperti meja kecil berukuran 3 kaki panjang x 3 kaki tinggi untuk menempatkan mesin kimpalan. Seterusnya, pemegang pada troli dan roda ditambah untuk memudahkan pergerakan troli. Anggaran berat yang boleh ditampung oleh troli ialah 50kg. Penggunaan mesin kimpalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan masih belum digunakan secara meluas walaupun penggunaannya telah lama diaplikasikan dalam program Teknologi Agro Mekanisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan mesin kimpalan dalam proses pembelajaran di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan selaras dengan perkembangan penggunaannya pada masa kini.