Adam Walid Bin Sunilin SEKOLAH RENDAH SRI LABUAN
Kajian inovasi ini memfokuskan alat bantu mengajar “123 Jom Cari Jodoh” dalam membantu pelajar Tahun 4 mengenal pasti dan mengetahui Penjodoh Bilangan dengan betul dan berkesan. Pelajar diuji semasa sesi pembelajaran Bahasa Melayu KSSR Tahun 4 di dalam kelas. Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian pra penilaian serta ujian pos penilaian untuk menilai tahap penguasaan pelajar mengenai Penjodoh Bilangan. Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini ialah 7 orang pelajar.