FARAH AIMI BINTI MOHD KUDZI KPTM BANGI
Di Kolej Poly-Tech MARA Bangi, jumlah kemasukan pelajar semakin meningkat saban tahun dan keperluan mengajar adalah berbeza mengikut jumlah kemasukan pelajar. Sehubungan itu, setiap pensyarah mempunyai bebanan syarahan yang berbeza pada setiap semester. Pensyarah perlu mendapatkan bahan mengajar daripada pensyarah yang pernah mengajar subjek tersebut. Terdapat kesukaran bagi pensyarah ini bagi mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran sebagai persiapan awal sebelum bertemu pelajar. JSR Sites adalah satu inisiatif inovasi berformatkan laman web yang menawarkan all-in-one platform dengan interface yang menarik dan mesra pengguna. Objektif inovasi ini adalah sebagai pemudah cara proses kerja yang menjimatkan masa dan tenaga para pensyarah. Ia juga memudahkan para pensyarah untuk mendapatkan dokumen yang standard dan patuh audit. Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah mencari pensyarah yang pernah mengajar subjek tersebut pada semester yang lepas semata-mata untuk mendapatkan dokumen yang berkaitan.