US81: SMART FOLDABLE DRYER

NOR AIDA SOEA AHMAD KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

Projek kami ialah inovasi mesin pengering baju yang mempunyai 2 fungsi dalam 1 iaitu 2K (Kering & Kurang kedut). Produk ini adalah idea kreatif kami dan dibuat sendiri oleh ahli-ahli kumpulan kami dan dibawah bimbingan guru pembimbing. Pada hari ini, seterika dan mesin pengering pakaian menjadi salah satu perkakasan elektrik penting dalam pengurusan rutin harian kita. Tugasan menguruskan pakaian harian biasanya mengambil tempoh yang lama dan memenatkan. Dengan idea inovasi yang dijalankan oleh Inovacs D’Lela, kami memperkenalkan Smart Foldable Dryer untuk membantu memudahkan masalah pengeringan pakaian secara kurang kedutan dengan merangkumkan 3 teknik iaitu teknik tegangan, lembapan dan kepanasan. Teknik ini dapat dilakukan serentak dalam satu masa untuk menjimatkan tenaga dan masa pengguna.