US111: E-VALENS Plus +

MUHAMMAD HAZRIQ AQEEM BIN AZHAR KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

MIIX25 | University Study Innovator

CR: 0.0543 | 12 Likes | 221 Views | 10 times | LS: 22.7
Like it? | Support them now!

Ikatan kimia merupakan suatu topik yang mencabar kerana pelajar perlu menggunakan keupayaan visualisasi dalam pembentukan ikatan ionik dan ikatan kovalen. Keupayaan visualisasi dan pemahaman konsep ikatan kimia yang rendah akan menyukarkan pelajar dalam melukis struktur Lewis. Bagi mengatasi isu ini, pengkaji telah mengambil inisiatif dengan menyediakan satu alat bantu mengajar ‘e-VALENS Plus +’ yang telah ditambah baik daripada inovasi e- VALENS sebelum ini. Penambahbaikan telah dilakukan dengan menyedialkan beberapa kad baharu seperti kad ikatan ionik bercas dan kat bantuan simbol. Inovasi ini dihasilkan dengan objektif meningkatkan kemahiran melukis struktur Lewis dan tahap minat pelajar terhadap topik ikatan kimia. Kajian inovasi ini telah melibatkan 23 orang pelajar diploma semester 1 dalam Kursus USC1112 Kimia Tak Organik di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja. Model Kajian Kemmis & McTaggart (1988) telah digunakan dengan tinjauan awal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Instrumen kajian seperti ujian pra, ujian pasca dan borang soal selidik telah ditadbir bagi menilai keberkesanan e-VALENS Plus +. Hasil ujian yang dianalisis secara deskriptif menunjukkan berlaku peningkatan dalam pencapaian ujian pasca dan tahap minat pelajar setelah penggunaan e-VALENS Plus +. Secara tidak langsung perubahan positif dalam pencapaian dan tahap minat pelajar ini membuktikan e-VALENS Plus + sesuai diguna pakai sebagai pemudah cara pengajaran.