SITI NADZIRAH BINTI ANUAR KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM
TICTACTOE Untuk Persamaan Linear : Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Siti Nadzirah binti Anuar
Unit Matematik Jabatan Pendidikan Umum
Kolej Vokasional Shah Alam
Jalan Batu Tiga, Pinggiran USJ
40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : 010-364 5084
Email : [email protected]
ABSTRAK
Persamaan linear merupakan salah satu konsep asas dalam matematik yang memainkan peranan
penting dalam pelbagai bidang ilmu dan aplikasi. Dari pengenalan awal di sekolah rendah hingga
ke penggunaan lanjutan dalam kajian akademik dan profesional, pemahaman yang mendalam
mengenai persamaan linear adalah penting untuk pelajar dan profesional. Dalam era digital yang
semakin berkembang, terdapat keperluan untuk mengadaptasi dan menginovasi pendekatan
pengajaran dan pembelajaran berkaitan persamaan linear agar lebih menarik dan berkesan. Sejak
beberapa tahun yang lalu, didapati semakin ramai pelajar mengalami kesukaran dalam
menyelesaikan soalan Persamaan Linear yang diberi sekalipun soalannya berbentuk mudah. Hal
ini kerana pelajar kurang memahami konsep sebenar penyelesaian suatu Persamaan Linear. Oleh
yang demikian, satu kajian Tindakan TICTACTOE Untuk Persamaan Linear. Kajian Tindakan ini
tertumpu kepada aspek pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah menengah rendah dan
pelajar Sijil Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional. Kajian Tindakan TICTACTOE Untuk
Persamaan Linear merupakan suatu kaedah pembelajaran berasaskan visual grafik yang
membolehkan pelajar menghitung nilai pembolehubah dalam Persamaan Linear dengan lebih
mudah dan tepat serta menyelesaikan masalah dengan Langkah kerja yang mudah dan ringkas.
Kaedah ini dihasilkan bagi membantu pelajar memahami konsep penyelesaian persamaan linear
dengan lebih mudah dan jelas. Soal selidik digunakan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap
kaedah pembelajaran ini. Tinjauan awal yang dibuat melalui pemerhatian, latihan dan temubual,
kajian mendapati bahawa 62 peratus sahaja daripada pelajar 1SVM MPI2 yang dapat menjawab
soalan yang diberikan dengan tepat dalam tempoh purata masa 48 saat menggunakan aplikasi
Quizizz. Pelajar-pelajar itu kemudian didedahkan dengan kaedah menjawab soalan TFLE dan
melalui ujian pos, didapati ia berjaya dan relevan dalam membantu pelajar mendapatkan nilai
pemboleh ubah bagi persamaan linear yang diberikan. Di akhir kajian di dapati 90 peratus daripada
pelajar kelas tersebut dapat menjawab dengan tepat dalam tempoh putara masa 30 saat.