FATIN AFIQAH BINTI MOHD NORANISHAM KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
Produk inovasi Dragon Fruit Skin Cream Blush ini menggunakan buah naga sebagai bahan asas produk. Buah naga selalunya digunakan di dalam masakan sahaja dan dibuang setelah digunakan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pihak kami telah membuat sedikit kajian tentang kelebihan kulit buah naga dan mendapati ia baik untuk kulit. Kandungan Vitamin C di dalam kulit buah naga boleh memberikan kesan kulit yang lebih cerah dengan pengurangan penampakan bintik hitam dan tona kulit tidak sekata. Selain itu, sifat anti radang yang ada pada kulit buah naga boleh memberikan kesan soothing dan meredakan keradangan kulit yang bersifat kemerah-merahan. Oleh itu, cream blush ini sangat sesuai untuk orang yang ingin bersolek tetapi dalam masa yang sama juga ingin membaiki masalah pada wajah. Buah naga yang selalunya digunakan untuk dijual di Koperasi Kolej Vokasional Kuala Berang Berhad telah diambil kulitnya oleh kami untuk dikisar halus dan diproses menjadi sesuatu yang boleh digunakan oleh pelajar Program Kosmetologi untuk subjek solekan. .Hasilnya, kami telah berjaya menghasilkan cream blush berasaskan kulit buah naga ini. Besar harapan kami untuk memastikan produk inovasi ini terus digunakan oleh pelajar Program Kosmetologi dan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna di luar pula