US75: E-LEARNING ALERT (E-LA)

LALITHA A/P MURUGAN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

Pelaksanaan E-Learning Alert (ELA) bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai isu-isu moral dan langkah mengatasinya yang sering terjadi di kolej. Seramai 20 orang pelajar dari semua pelajar di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja (KVDLM) telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Dalam kajian ini pelajar didedahkan dengan pengetahuan mengenai isu-isu moral seperti buli, ponteng, gangguan seksual, peras ugut dan merokok. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan pelajar di kolej ini menghadapi masalah moral dalam diri mereka dan berjaya diatasi dengan pelaksanaan ELA ini iaitu melalui hebahan website, penggunaan kotak dan loceng aduan untuk semua pelajar di kolej ini.