Adam Haziq Bin Hisham College MCS
Mesin Pelabelan Melalui Kaedah Penampalan Pelekat merupakan salah satu platform untuk pembelajaran aplikasi Programmable Logic Controller (PLC). Tujuan kajian ini adalah untuk membina satu mesin yang boleh digunakan untuk mempelajari kaedah pengaturcaraan mengikut aplikasi dalam industri. Oleh itu, Mesin Pelabelan Melalui Kaedah Penampalan Pelekat ini merupakan sebuah contoh mesin automasi yang banyak digunakan dalam industri. Dalam dunia pekerjaan, mesin automasi adalah sebuah alat mekatronik yang membekalkan tenaga kuasa yang biasanya digunakan untuk memfabrikasi komponen metal dari sebuah mesin. Mesin sedia ada di kaji sebagai rujukan. Reka bentuk mesin diubahsuai sedikit agar ia lebih mudah digunakan. Ia juga mudah alih supaya dapat digunakan dalam dalam kelas-kelas yang berbeza di kolej. Komponen yang digunakan tidak jauh berbeza dengan komponen yang sedia ada. Ini bagi memudahkan pelajar memahami sistem yang sama. Selain itu ia juga memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan mesin kerana menggunakan alat ganti yang sama. Jenis Programmable Logic Controller yang digunakan adalah berbeza dengan Sorting Station yang sedia ada. Ini supaya pelajar dapat memahami aplikasi menggunakan Programmable Logic Controller yang berlainan.