MUHAMMAD RAYYAN BIN MOHD SALMAN SMK AYER LANAS
Isu merokok di tandas sekolah semakin membimbangkan kerana ia sering dilakukan secara tersembunyi, sukar dikesan serta memberi kesan negatif terhadap kesihatan, keselesaan dan keselamatan warga sekolah. Sehubungan itu, projek S.M.A.R.T Smoke (School Monitoring Alert & Response Technology) dibangunkan sebagai satu sistem inovatif yang mengintegrasikan teknologi Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) bagi memantau serta mengesan asap rokok secara masa nyata di kawasan larangan.Sistem ini menggunakan sensor asap yang disambungkan kepada mikropengawal untuk mengesan kehadiran asap. Melalui integrasi IoT, data dihantar secara serta-merta ke platform pemantauan dan notifikasi amaran akan dihantar kepada pihak bertanggungjawab bagi tindakan segera. Elemen AI pula digunakan untuk menganalisis corak pengesanan dan meningkatkan ketepatan sistem dengan mengurangkan amaran palsu daripada sumber asap lain.Hasil soal selidik terhadap 92 responden menunjukkan 82.6% sering menghidu bau asap rokok di tandas sekolah, manakala 70.7% menyokong pemasangan sistem ini. Proses pembangunan melibatkan peringkat penjanaan idea, reka bentuk sistem, pengaturcaraan, pemasangan prototaip dan pengujian fungsi.Kesimpulannya, sistem ini terbukti berkesan dalam pengesanan awal dan tindak balas pantas, sekali gus menyumbang kepada persekitaran sekolah yang lebih selamat, sihat dan bebas asap rokok.