EX151: Oh, My PBD! - Aplikasi Pentaksiran Bilik Darjah

MAZNAH BINTI MIOR AHMAD MRSM Bagan Datuk

MIIX26 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 5 times | LS: 5.0
Like it? | Support them now!

Oh, My PBD!

MAZNAH BINTI MIOR AHMAD
[email protected]

NOOR ‘AZIHA BINTI ABD RANI
[email protected]

KARTINA BINTI KHALID
[email protected]

 

ABSTRAK

Oh, My PBD! merupakan aplikasi yang diwujudkan bertujuan memudahkan proses pelaporan Tahap Penguasaan (TP) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi setiap pelajar di MRSM Bagan Datuk. Aplikasi ini diwujudkan bagi menggantikan Templat PBD yang sedia ada kerana proses perekodan dan percetakan yang merumitkan. Objektif pembangunan aplikasi ini adalah untuk mewujudkan pangkalan data rekod Tahap Penguasaan (TP) pelajar yang boleh dikongsi dan dicapai pada bila-bila masa di samping menjana markah untuk pengiraan PNG setiap pelajar secara automatik. Pelaksanaannya juga dapat memudahkan guru-guru subjek dan guru kelas membuat ulasan/komen terhadap pelajar. Ahli Jawatankuasa PBD juga dapat mencetak laporan PBD dengan mudah untuk tujuan dokumentasi. Aplikasi Oh, My PBD! dibangunkan menggunakan aplikasi Microsoft Power Apps sebagai platform pembangunan dengan Java sebagai bahasa pengaturcaraan dan Microsoft Sharepoint sebagai pangkalan data. Aplikasi Oh, My PBD! boleh diakses menggunakan pelbagai peranti termasuk komputer, tablet dan telefon pintar yang disambungkan kepada capaian Internet pada bila-bila masa tanpa batasan lokasi. Sebagai kesimpulan, aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru MRSM Bagan Datuk dalam merekodkan Tahap Penguasaan (TP) PBD bagi setiap pelajar dan boleh digunakan sebagai rujukan guru-guru dan pihak pengurusan.