US73: Automatic Bottle Filling And Capping Machine

Syamim Hazmie Bin Mohd Ridzuan College MCS

Automatic Bottle Filling and Capping Machine merupakan salah satu platform pembelajaran yang berfokus kepada aplikasi Programmable Logic Controller (PLC) dalam sistem automasi industri. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kesesuaian dan keberkesanan mesin ini sebagai alat bantu pengajaran kepada pelajar dalam memahami prinsip dan aplikasi sistem automasi berasaskan PLC.

Projek ini dibangunkan berdasarkan konsep mesin automatik yang banyak digunakan dalam industri pembungkusan khususnya dalam proses pengisian dan penutupan botol secara automatik. Dalam dunia pekerjaan sebenar, mesin seperti ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan, konsistensi dan produktiviti pengeluaran.