NUR ALIF BIN NGALIMAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
BAYANSPACE ialah sebuah platform pembelajaran bahasa Arab yang dibina bagi menangani cabaran utama dalam penguasaan empat kemahiran bahasa: mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Masalah seperti kurangnya bahan latihan berstruktur, pendekatan pembelajaran yang membosankan, dan kelemahan aplikasi praktikal sering menghambat kemajuan pelajar. Melalui BAYANSPACE, pelajar ditawarkan modul bersepadu merangkumi aspek i'rab, tasrif, pemahaman teks, komunikasi lisan, dan pembinaan kosa kata. Setiap modul dirancang berdasarkan pendekatan progresif, interaktif dan berorientasikan kemahiran sebenar. BAYANSPACE berperanan sebagai medium efektif untuk memperkukuhkan kecekapan berbahasa Arab dalam suasana pembelajaran yang dinamik dan menyokong.