NUR IZZAH LIYANA BINTI HISHAMUDI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH
OIS Cream dihasilkan melalui kaedah double boiler, menggunakan minyak masak terpakai dan garam, sebagai rawatan alternatif jangkitan kulit. Produk ini mengandungi sifat antimikrob, dengan garam sebagai antibakteria dan antikulat, petroleum jelly sebagai pelembab dan beeswax sebagai agen pemekat. Kajian terhadap lima jenis sampel ujian (ayam, kambing, kucing, biri-biri dan manusia) membuktikan kesan positif terbaik selepas empat hari penggunaan pada kucing yang mengalami jangkitan kurap. Selain merawat kulit haiwan, OIS cream juga berkesan untuk kulit manusia sebagai pelembab, rawatan luka kecil dan gigitan serangga. Secara keseluruhannya, OIS Cream efektif, mesra alam dan menyokong penjagaan kesihatan kulit secara keseluruhan.