EX109: KIT FORMULA KIMIA YALIN 2.0

NOR AZLINAWATI BINTI YAACOB SMKA SULTAN AZLAN SHAH

MIIX25 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 15 times | LS: 15.0
Like it? | Support them now!

Kit Formula Kimia Yalin (KFKY) merupakan inovasi pembelajaran yang berasaskan permainan bagi menyelesaikan masalah 3.3.4 dan 3.35 di mana pelajar perlu mahir menulis formula kimia, persamaan kimia dan seimbangkan persamaan kimia dalam kalangan murid Kimia tingkatan 4 yang merupakan perkara asas dalam kimia. Kit Formula Kimia Yalin terdiri daripada papan permainan pengiraan bersifat maujud dan digital, empat level modul pengiraan disusun secara berperingkat yang menekankan pembelajaran masteri daripada mudah kepada sukar.  Data tafsiran di bilik darjah menunjukkan bahawa seramai 10 orang murid tingkatan 4 tidak dapat menyelesaikan masalah numerikal stoikiometri dengan baik disebabkan masalah dalam menulis persamaan kimia. Oleh itu inovasi ini dijalankan bertujuan meningkatkan keupayaan murid menyelesaikan masalah menulis formula kimia, persamaan kimia sekaligus seimbangkan persamaan kimia.  Dapatan penggunaan Kit Formula Kimia Yalin (KFKY) menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah menulis formula kimia, persamaan kimia dan seimbangkan persamaan kimia dalam kalangan murid tingkatan 4 dapat ditingkatkan secara ansur maju apabila mengikuti aktiviti yang dirancang. Inovasi ini seterusnya boleh diaplikasikan kepada murid tingkatan 5 dalam program pemantapan konsep asas.

Kata kunci: Kit Formula Kimia Yalin (KPKY) , formula kimia,  Kimia, tingkatan 4, pembelajaran berasaskan permainan (PBP)