US486: IoT-Based Gas Alert Monitoring System (GAMS) Using ESP32 Technology

IXORA NUR BALQIS BINTI ASROL AIDIL Kolej Vokasional Shah Alam

Gas Alert Monitoring System (GAMS) adalah sebuah sistem keselamatan pintar berasaskan Internet Of Things (IoT) yang dibangunkan khusus untuk memantau penggunaan gas petroleum cecair (LPG) di kawasan kediaman. Isu utama yang ditangani dalam projek ini adalah risiko kebocoran gas yang boleh membawa kepada kebakaran atau letupan, serta kesukaran pengguna untuk memantau baki kandungan gas dalam tong secara manual. Bagi mengatasi masalah ini, GAMS menggunakan ESP32 untuk mengesan kebocoran LPG dan komponen load cell bagi mengukur jisim baki gas secara masa nyata. Sistem ini bertindak sebagai mekanisme amaran awal melalui pelbagai saluran, iaitu bunyi daripada buzzer, isyarat lampu LED, dan notifikasi pantas yang dihantar terus ke telefon pintar pengguna melalui aplikasi Telegram. Selain itu, sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi ESP 32-CAM kamera yang akan menghasilkan visual lokasi kejadian secara automatik sekiranya kebocoran dikesan. Secara keseluruhannya, GAMS berjaya menyediakan penyelesaian pemantauan yang proaktif, seterusnya meningkatkan tahap keselamatan domestik serta meminimumkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat insiden berkaitan gas.