AMSYAR MIZAN BIN KHAIRUL AZMAN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
Kad ALGEBrains adalah inisiatif pembelajaran yang menggunakan elemen permainan. Ia direka untuk menguji kefahaman pelajar mengenai pembentukan dan penyelesaian operasi bercampur ungkapan algebra. Dalam permainan ini, setiap kad disediakan mengikut kategori nombor, pemboleh ubah dan operasi asas matematik. Pelajar akan membina satu ungkapan dengan tertib yang betul secara berkumpulan. Permainan ini merupakan persaingan antara ahli dengan menilai sebutan dan ungkapan dengan tepat melalui jumlah markah yang terkumpul. Kefahaman pelajar dapat diukur dengan pelbagai pembentukan dan penyelesaian ungkapan algebra menggunakan Kad ALGEBrains.