EX315: DIGITAL INTELLIGENT GLOBAL INFORMATION KIDS (DIGIKIDS): MATEMATIK

Wong Nyuk Chin SK Lok Yuk Inanam

MIIX25 | Expert Innovator

CR: 0.1905 | 4 Likes | 21 Views | 20 times | LS: 24.8
Like it? | Support them now!

         Kepelbagaian penyampaian pengajaran dan pembelajaran adalah sangat ditekankan dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Contohnya, pembelajaran subjek Matematik melalui pelbagai kaedah penyampaian dan amalan seperti melibatkan buku teks dan penyampaian sehala guru dalam kelas telah dipelbagaikan dengan penggunaan aplikasi pembelajaran secara atas talian dan bersifat kendiri. Sesuai dengan sekolah Transformasi, pembelajaran secara E Learning di SK. Lok Yuk Inanam telah dimulakan dengan mata pelajaran Matematik, diberi nama Digital Kids (DIGIKIDS) kerana didapati sebahagian murid hanya mencapai TP 3. Oleh itu, pihak sekolah mengambil keputusan untuk menambah kekerapan murid mengulangkaji dan membuat latihan Matematik dan penambahan tersebut tidak membebankan ibu bapa. Murid dapat mengulangkaji di mana-mana saja melalui program “DIGIKIDS”. Data dianalisis menggunakan hasil Tahap Penguasaan murid pada akhir sesi akademik 2023/2024. Dapatan kajian ini menunjukkan implikasi tinggi iaitu peningkatan prestasi dalam PBD selepas tiga bulan program DIGIKIDS ini dilaksanakan. Analisis PBD tersebut telah membuktikan DIGIKIDS ini menyumbang kepada peningkatan prestasi dan minat murid dalam mata pelajaran Matematik serta amat sesuai diperluas kepada mata pelajaran-mata pelajaran lain. Oleh itu, program ini boleh digunakan dalam pendidikan pada masa akan datang.


Kata Kunci  : Digital Kids dan implikasi tinggi,Matematik