US295: EZ PLY-CART

SYAFIQAH HANNAH BINTI JAMALUDDIN KOLEJ VOKASIONAL KLANG

Pelajar mengambil masa yang lama dan menggunakan tenaga kerja yang banyak
untuk mengangkat plywood ke kawasan kerja amali. Projek ini bertujuan  membangunkan produk inovasi yang dinamakan EZ PLY-CART. Reka bentuk produk yang praktikal dan menarik dihasilkan menggunakan perisian SketchUp bagi mengatasi masalah kajian. Pelaksanaan pembangunan projek  adalah berpandukan fasa pembangunana reka bentuk Model A.D.D.I.E yang terdiri daripada lima fasa iaitu Analysis (mengenal pasti bahan dan kos), Design (mereka bentuk projek), Development (membangunkan produk berdasarkan reka bentuk yang dihasilkan), Implementation (menggunakan produk) dan Evaluation (menilai keberkesanan produk dalam menyelesaikan masalah kajian). Penyelidik telah menjalankan soal selidik menggunakan Google Form untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan produk dianalisis berdasarkan kaedah statistik deskriptif.
Seramai 34 orang pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang terlibat sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap produk inovasi EZ PLY-CART. Dapatan ini memberikan implikasi bahawa pembangunan produk inovasi ini berjaya mencapai objektif kajian dalam menyelesaikan masalah kajian. Dicadangkan untuk penambahbaikan bagi kajian seterusnya untuk menukar kepada tayar yang lebih besar dan lebih berkualiti agar produk lebih efisien dan menarik.