US236: EDU.TAMYIZ

NURHANNAN BINTI MOHD FAUZI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

EDU.TAMYIZ: Platform Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Visual

Pembelajaran nahu Arab, khususnya penguasaan i'rab dan struktur ayat, sering dianggap sukar dan membosankan kerana kaedah tradisional yang bergantung kepada hafalan semata-mata. EDU.TAMYIZ dibangunkan sebagai penyelesaian inovatif melalui pendekatan pembelajaran berasaskan visual yang komprehensif dan interaktif bagi membantu pelajar menguasai teks-teks klasik bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Keaslian inovasi ini terletak pada penggunaan visual statik dan digital yang sistematik, diperkukuhkan dengan integrasi teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) menerusi Gemini, platform visual Gamma dan video pembelajaran melalui YouTube sebagai elemen interaktif. Kandungan disusun langkah demi langkah dengan infografik berwarna, menjadikan pembelajaran lebih mudah, menarik dan tidak membosankan tanpa kebergantungan penuh kepada guru. EDU.TAMYIZ berfungsi sebagai rujukan lengkap untuk guru, pelajar IPT, sekolah dan pembelajaran kendiri. Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman konsep i'rab secara mendalam, malah mengurangkan persepsi negatif terhadap bahasa Arab sekaligus menyokong agenda pendigitalan pendidikan negara selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.