NUR DHIYA DINI BT ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
Kad P-Pri (Kad Pintar Peribahasa) merupakan satu bahan pembelajaran Bahasa Melayu yang berfokus kepada topik peribahasa. Kad ini dihasilkan dalam bentuk kad yang mempunyai ilustrasi yang menarik, peribahasa dan makna peribahasa. Kad P-Pri dilihat berkesan dalam membantu pelajar untuk belajar mengenai peribahasa melalui permainan yang menarik dan suasana yang menyeronokkan. Permainan Kad P-Pri ini secara tidak langsung dapat mengekalkan penggunaan peribahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan menggalakkan pelajar menggunakan peribahasa dalam penulisan karangan.