HS381: HYDRATING MASK & SERUM

NUR ALEA FATIHAH BINTI MOHD SAIFUL AZLAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

MIIX25 | High School Innovator

CR: 0.0667 | 1 Likes | 15 Views | 22 times | LS: 23.1
Like it? | Support them now!

Produk Hydrating Mask & Serum ini diformulasi menggunakan bahan semula jadi terpilih iaitu Aloe Vera, 
Jojoba Oil, Grapeseed Oil dan Madu. Setiap ramuan dipilih kerana khasiatnya yang terbukti membantu 
melembapkan, menyihatkan dan memperbaiki tekstur kulit. Aloe Vera membantu menyejuk dan 
menengkan kulit yang sensitive atau teriritasi, manakala Jojoba Oil mengekalkan keseimbangan 
kelembapan semula jadi kulit tanpa menyumbat pori. Grapeseed Oil pula bertindak sebagai antioksidan 
yang melindungi kulit daripada kerosakan persekitaran, dan madu berfungsi sebagai agen pelembap serta 
pencerah semula jadi.Gabungan bahan-bahan ini memberikan penghidratan yang mendalam, menjadikan  
kulit lebih lembut, anjal dan berseri secara semula jadi. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, produk 
ini menyokong penjagaan harian yang selamat dan berasakan bahan tumbuhan.