SHARUMATHI RAJ A/P SIVARAJ SJKT LADANG BANOPDANE
Kajian ini bertujuan untuk meneroka keberkesanan pendekatan pengajaran suku kata "wow" dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca, dengan menggabungkan model klasik dan digital. Pendekatan ini memberi penekanan kepada elemen fonetik dan suku kata asas yang mudah difahami dan diingati oleh murid peringkat awal, terutama dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan tahun satu. Model klasik merangkumi teknik bacaan berulang, nyanyian dan kad imbas, manakala pendekatan digital melibatkan penggunaan aplikasi interaktif, video animasi dan permainan pendidikan yang berasaskan teknologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan suku kata "wow" yang diperkaya melalui teknologi mampu meningkatkan minat dan tumpuan murid, sekali gus mempercepat penguasaan kemahiran membaca. Gabungan elemen klasik dan digital turut menyumbang kepada pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan berkesan. Kajian ini mencadangkan agar kaedah ini diperluas penggunaannya dalam kurikulum awal kanak-kanak sebagai satu inovasi pengajaran literasi yang mesra kanak-kanak dan sejajar dengan perkembangan era digital.