NUR SYAFIRA SAFIYA BINTI SHAMSUL KAMAL KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
Cocokies (Coconut Cookies) diinspirasikan dari kelapa parut. Kebiasaannya kelapa parut selalu digunakan untuk membuat santan atau inti pulut panggang, kuih onde-onde dan lain-lain. Kelapa parut juga mempunyai khasiat ia mengandungi sumber serat yang tinggi, bermanfaat untuk melancarkan pencernaan, mencegah sembelit dan membantu menjaga kadar gula darah. Cocokies sesuai dimakan bila-bila masa sahaja dan ia juga sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Cocokies boleh dimakan oleh beberapa peringkat umur bermula dari peringkat sekolah rendah hingga warga emas. Objektif inovasi ialah untuk memperkenalkan produk baru dengan menggunakan kelapa parut dan memastikan Masyarakat boleh menerima dan mengatakan bahawa cookies ini sangat sedap dan tidak terlalu manis.