TN. HJ JUMAALI BIN AMIR KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
Projek ini bertujuan untuk membangunkan SCORES TIVOC Bot, sebuah sistem automasi berasaskan Telegram untuk menguruskan pendaftaran kursus dan keputusan peperiksaan pelajar di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan. Bot ini memanfaatkan Google Sheets API sebagai pangkalan data untuk menyimpan maklumat pelajar, kursus, dan keputusan, serta menggunakan platform Telegram untuk mengendalikan interaksi bot. Antara fungsi utama bot ini termasuk membenarkan pelajar mendaftar kursus diploma, menyemak keputusan semester, dan menghantar slip pendaftaran atau keputusan Penilaian Akhir dalam bentuk PDF melalui emel. Selain itu, sistem ini juga menyokong penjanaan kod QR untuk pengesahan kehadiran kursus dan peperiksaan. Bot ini direka untuk memudahkan interaksi antara pelajar, pensyarah, dan pentadbir dalam pengurusan maklumat akademik, dengan antaramuka mesra pengguna dan proses yang lebih efisien.
Dengan ciri-ciri ini, SCORES TIVOC BOT bukan sahaja dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk mengakses maklumat mereka dengan cepat dan mudah, malah dapat mengurangkan kesilapan dalam pendaftaran kursus serta menyumbang kepada transformasi digital dalam pengurusan akademik institusi pendidikan vokasional di Malaysia.