NUR NABILAH NASUHA BINTI ABD MANAF NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
Nama Produk
Coco Aura Scrub
Abstrak
CocoAura Scrub merupakan inovasi scrub badan yang berasaskan kelapa parut kering yang diperkaya dengan ramuan herba tradisional tropika seperti kunyit, halia, serai dan daun pandan. Formulasi ini menggabungkan tekstur lembut kelapa parut sebagai agen pengelupasan semula jadi dengan khasiat minyak kelapa yang melembapkan kulit. Campuran herba menambahkan nilai fungsi antaranya membantu mencerahkan kulit, mengurangkan bau badan, bantu lawan bakteria & kuman pada kulit serta memberikan kesegaran aromaterapi. Bahan tambahan yang digunakan ialah aloevera, minyak kelapa dara dan vitamin E.Tujuan inovasi ini dihasilkan sebagai scrub badan, ia sesuai untuk semua jenis kulit. CocoAura menonjolkan keseimbangan antara warisan tradisi dan inovasi moden, menjadikan kulit lebih lembut, cerah, dan berseri secara semula jadi