US114: LEAF PRO PELLET

MUHAMMAD SYAHMI BIN SUHAIDI KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN

Projek penghasilan pelet makanan ternakan ruminan ini telah dijakankan oleh para pelajar Diploma Agroindustri Ternakan Ruminan Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan. Leaf Pro Pellet adalah makanan tambahan berasaskan petai belalang, ketum ayam, indigofera, batang pisang dan daun sawit berkualiti yang telah diracik halus. Kesemua dedaun ini mudah didapati di kawasan sekitar kolej dan mempunyai nutrisi yang tinggi terutamanya pada kandungan protein kasar, serat, tenaga dan Vitamin A, C dan E. Kepelbagaian nutrient ini menjadi penyumbang kepada pertumbuhan dan kesihatan ternakan. Dengan penghasilan pelet ini juga dapat mempelbagaikan jenis makanan yang ada di Unit Agroindustri Ternakan Ruminan.