PUTRI DHIYA' DARWIESYA BINTI MOHD NOR AZROL SK SRI AMAN PULAU PINANG
PRS PINTAR SKRIP merupakan inovasi mesra alam yang membolehkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) menggunakan skrip pengacaraan secara digital tanpa bergantung kepada kertas. Skrip boleh diakses melalui telefon pintar, tablet dan komputer riba pada bila-bila masa serta di mana sahaja, memudahkan PRS membuat persediaan dan melaksanakan tugasan dengan lebih yakin. Kaedah pelaksanaan inovasi menggunakan platform MyLink yang dibangunkan melalui Canva dan dihubungkan dengan Google Drive. Pendekatan ini menyokong transformasi digital sekolah, meningkatkan kemahiran pengacaraan abad ke-21, serta mengurangkan penggunaan kertas sekali gus memelihara alam sekitar. Inisiatif ini membuktikan PRS mampu menggabungkan teknologi, kreativiti dan kesedaran kelestarian dalam peranan mereka.