EX24: SABUN PELBAGAI CUCIAN

ABSAH BINTI MD YUSOF KOLEJ KOMUNITI TAIPING

MIIX25 | Expert Innovator

CR: 0.1000 | 1 Likes | 10 Views | 9 times | LS: 10.1
Like it? | Support them now!

 

Inovasi Sabun Pelbagai Cucian ini direka hasil daripada lebihan minyak terpakai yang digunakan selepas kursus pendek di bawah kluster kulinari dan sajian yang dilaksanakan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Taiping. Lebihan minyak hasil daripada gorengan ini biasanya akan dibuang tetapi dengan inovasi ini, minyak tersebut digunakan untuk menghasilkan sabun.  Sabun yang digunakan adalah terjamin kesuciannya, lebih mesra alam, dan dapat digunakan dalam pelbagai cucian seperti pinggan mangkuk, lantai, tandas dan sebagainya. Dalam masa penghasilan inovasi ini dapat menjimatkan kos pembelian cucian yang ada dipasaran, menjimatkan ruang penyimpanan, dan dapat diguna pakai di unit yang lain.