US339: MUNG BEAN SPREAD

RAIHANAH SYAMIMAH BINTI RIDWAN KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Kacang hijau (Vigna radiata) adalah salah satu tanaman pangan yang telah dikenal dan digunakan sejak zaman dahulu lagi. Dikenal dengan berbagai nama, seperti kacang hijau, mung bean, atau green gram, tanaman ini memiliki sejarah panjang sebagai bahagian penting dalam berbagai masakan dan tradisi manisan di berbagai belahan dunia. Dalam artikel ini, kami akan membawa Anda dalam perjalanan pengetahuan tentang kacang hijau, dari asal usul dan klasifikasinya dalam taksonomi ilmiah serta permasalahan dalam menjalankan produk ini sehingga ciri-ciri unik yang membezakan tanaman ini dan panduan langkah demi langkah tentang cara Pertumbuhan ekosistem. Kacang hijau adalah sejenis kekacang yang jarang dijadikan sebagai bahan produk makanan dan kebiasaannya kacang hijau ini dijadikan sebagai manisan tradisional bagi sesetengah negara di asia tenggara seperti bubur kacang hijau,asam gumpal dan sebagainya. Kacang hijau juga merupakan antara kacang yang mempunyai banyak khasiat dan vitamin kepada tubuh badan manusia sekiranya mengalami penyakit seperti sakit perut,cirit-birit dan muntah-muntah. Oleh itu daripada hasil penerangan tersebut pengkajin ingin mencipta satu produk variasi daripada kacang hijau iaitu Mung bean spread. Namun dalam penghasilan produk ini pengkaji mempunyai masalah yang dihadapi iaitu kurangnya penanaman kacang hijau di Malaysia ini sehinggakan harga pasaran kacang hijau di Malaysia adalah sedikit mahal berbanding negara penghasil iaitu Indonesia,india dan Chinese Taipei yang mengimport bahan tersebut di pasaran Malaysia. Oleh itu Cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan memulakan penanaman kacang hijau di Malaysia untuk menghasilkan Mung bean spread justeru ianya membuka peluang pekerjaan kepada buruh tani dan mengurangkan kekangan kos kacang hijau daripada yang diimport dari luar negara.