PS162: “PIPES BLEW”

NUR IMANINA SOFIYA BINTI AZRUL IZWAN SEK KEB PERMATANG PASIR

MIIX26 | Primary School

CR: 0.0833 | 2 Likes | 24 Views | 51 times | LS: 53.2
Like it? | Support them now!

ABSTRAK

Projek ini bertujuan mereka cipta satu alat bantuan yang dapat menyelesaikan masalah sinki tersumbat di dapur secara mudah, murah dan mesra alam. Masalah sinki tersumbat sering berlaku akibat pengumpulan sisa makanan, minyak dan bahan pepejal yang tidak larut, menghalang aliran air ke dalam sistem saliran. Kaedah biasa seperti bahan kimia atau khidmat tukang paip pula melibatkan kos tinggi dan risiko kepada kesihatan serta alam sekitar.

Kajian ini menjawab persoalan bagaimana tekanan udara boleh digunakan untuk menyelesaikan sumbatan tanpa sebarang bahan kimia. Hipotesis kajian menyatakan bahawa tekanan udara yang dijana secara manual mampu mengatasi masalah sumbatan dengan berkesan. Metodologi melibatkan penciptaan alat menggunakan paip PVC, pelapik getah dan injap kawalan, serta ujian ke atas pelbagai jenis sumbatan.

Hasil kajian menunjukkan alat ini dapat berfungsi dengan baik tanpa menggunakan elektrik atau bahan kimia, malah kos pembuatannya juga sangat rendah. Kesimpulan menunjukkan bahawa alat ini efektif, mesra alam dan sesuai digunakan oleh masyarakat umum.

Kata Kunci: sinki tersumbat, tekanan udara, alat DIY, mesra alam, kos rendah.