MUHAMMAD IRFAN HAKIMI BIN RAZEALY KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
Penggunaan jig di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Kolej Vokasional Melaka Tengah masih belum digunakan secara meluas meskipun penggunaannya telah lama diaplikasikan di dalam sektor perindustrian dan di institusi-institusi pengajian tinggi. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mencipta satu jig untuk model HYC – 400 bagi mesin CNC EDM Wire Cut. Hal ini kerana kebanyakan aktiviti pemotongan bahan kerja bagi saiz yang kecil tidak dapat diaplikasikan pada mesin tersebut. Precision Wire Cut Vise merupakan alat yang direka khas untuk memegang komponen dengan tepat semasa proses pemotongan menggunakan mesin CNC EDM Wire Cut. Ia dibina dengan ketelitian tinggi untuk memastikan kestabilan dan ketepatan dalam pemotongan. Selain itu, dengan struktur yang kukuh, penggunaan tenaga dan masa pengguna juga dapat dikurangkan. Tambahan lagi, dengan hasil ujikaji yang dijalankan pada mesin, projek ini dapat memberi hasil pemotongan yang tepat dengan mengikut ukuran.