HS257: BANANA PEEL COOKIES

Siti Nor Danisha Binti Badruddin KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Banana Peel berasal daripada bahasa inggeris dan membawa maksud “kulit pisang”. Banana Peel Cookies diinspirasikan dari kulit pisang dan pisang. Kami menginovasikan kulit pisang kepada pencuci mulut untuk menarik perhatian masyarakat supaya dapat menerima rasanya. Kulit pisang terdapat beberapa khasiat iaitu melancarkan pencernaan,mengurangi risiko terkena penyakit seperti diabetes,barah tertentu dan penyakit kronik yang lain.Seterusnya,khasiat kulit pisang kepada sesiapa yang menjaga kulit pula atasi jerawat,kurangi kedutan,wajah berseri,keluarkan sel mati,hilangkan mata panda dan melembapkan kulit.Akhir sekali,khasiat pisang ialah memberi tenaga kepada badan,menurunkan tekanan darah,mengurangkan kemurungan,mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu masalah sembelit.Banana Peel Cokokies  sesuai dimakan bila-bila masa sahaja dan senang dibawa kemana-mana.Banana Peel Cookies boleh dimakan oleh beberapa peringkat umur bermula dari peringkat sekolah rendah hingga warga emas. Objektif inovasi ialah untuk memperkenalkan produk baharu menggunakan kulit pisang dan pisang itu sendiri dan memastikan masyarakat boleh menerima keunikan rasa ini. Selain itu, mempelbagaikan kegunaan kulit pisang dalam campuran bahan masakan.