EX383: TTS FRACTION KITS 2.0

NUR HAZRIN BINTI HASBULLAH HALMI SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA

MIIX25 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 13 times | LS: 13.0
Like it? | Support them now!

TTS Fraction Kit 2.0 dihasilkan bertujuan meningkatkan kemahiran mempermudahkan nombor pecahan wajar dan pecahan tak wajar dalam kalangan murid tahun 4. Pecahan sering dilihat sebagai satu nombor yang mempunyai ciri-ciri yang unik berbanding dengan nombor bulat yang biasanya dipelajari oleh murid. Keistimewaan sifat pecahan menyebabkannya menjadi sukar difahami. (Mohd Afifi, 2019) menyatakan antara punca kesilapan murid dalam menjawab soalan operasi pecahan adalah disebabkan oleh kurang kefahaman konsep awal pecahan. Inovasi yang diperkenalkan ini menepati Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-4 yang menekankan pendidikan berkualiti serta menjurus kepada pendidikan STEAM seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). TTS Fraction Kits 2.0 terdiri daripada (i)TTS Board , (ii) Modul TTS, (iii) TTS Frac 2.0 website (iv) Guru Matematik AI. Dua objektif utama projek inovasi ini adalah untuk (i) meningkatkan kemahiran asas pecahan dalam kalangan murid Tahun 4 dengan menggunakan Kit TTS Fraction 2.0, dan (ii) menambah baik amalan pengajaran guru melalui penggunaan inovasi ini. Secara keseluruhan, inovasi ini telah berjaya membantu murid menguasai kemahiran mempermudahkan pecahan dan dapat diaplikasikan dalam operasi penambahan dan penolakan pecahan di Tahun 4.