US251: MEMBANGUNKAN SISTEM KESELAMATAN BERASASKAN RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION (RFID) YANG DI INTERGRASIKAN MENGGUNAKAN INTERNET OF THING (IOT)

Norhaidah Binti Sungip KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

Projek  bertujuan meningkatkan keselamatan stor bengkel dengan sistem RFID dan pemantauan IoT. Sistem ini menghalang akses tanpa kebenaran, mengurangkan kehilangan peralatan, serta memastikan peralatan tersusun. Projek  digunakan di  bengkel elektronik dan boleh diaplikasikan di rumah. Sistem ini menggunakan Arduino Uno sebagai pengawal utama untuk mengintegrasikan komponen seperti LCD, solenoid, RFID, ESP32-CAM dan sensor PIR. RFID berfungsi sebagai kawalan akses, manakala ESP32-CAM bersama sensor PIR mengesan pergerakan dalam stor. Jika pergerakan dikesan, kamera akan mengambil gambar dan menghantarnya ke Telegram untuk pemantauan. Sistem memastikan hanya individu yang diberi kebenaran boleh mengakses stor serta memberikan notifikasi untuk setiap percubaan akses.