US228: ISTITHNA LAB

ABDUL HAKIM BIN MAZLAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

     Pembelajaran topik al-Mustathna dalam ilmu nahu Bahasa Arab sering dianggap mencabar kerana penyampaiannya yang bersifat teoritikal dan kurang interaktif, sekali gus menjejaskan minat serta penguasaan pelajar terhadap konsep pengecualian dalam struktur ayat Arab. Sehubungan itu, Ististhna Lab dibangunkan sebagai platform digital inovatif yang mentransformasikan kaedah pembelajaran tradisional kepada pendekatan yang lebih interaktif, fleksibel, dan mesra pengguna. Platform ini menyediakan penerangan teori yang ringkas tetapi komprehensif, disertai contoh ayat yang jelas bagi membantu pelajar mengenal pasti unsur adat istithna dan mustathna dengan tepat, serta mengintegrasikan pelbagai elemen pembelajaran seperti video penerangan, permainan interaktif, kad imbas, dan kuiz bagi mengukuhkan kefahaman melalui pengalaman pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Penggabungan elemen multimedia dan interaktiviti ini menjadikan Ististhna Lab lebih menarik berbanding kaedah konvensional, di samping meningkatkan motivasi dan minat pelajar, manakala reka bentuknya yang ringkas dan mudah digunakan serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menjadikannya sesuai untuk pembelajaran kendiri mahupun sebagai bahan sokongan dalam pengajaran. Secara keseluruhannya, platform ini berpotensi menjadi sumber rujukan digital yang efektif serta boleh dikembangkan secara lebih meluas dalam bidang pendidikan Bahasa Arab.