US80: KAD MISTERI SEJARAH

NOOR AINI BINTI ABDUL GHANI KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

Inovasi Misteri Sejarah yang berasakan kad fomula ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran murid dalam memahami dan mengingati isi-isi utama atau isi penting dalam topik yang berkaitan dalam subjek Sejarah di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja. Seramai 14 orang murid SVM 1 Poltri Semester 1 terlibat sebagai peserta kajian inovasi. Tinjauan awal telah dilaksanakan oleh pengkaji dan hasil tinjauan mendapati murid-murid ini menghadapi kesukaran dalam mengingati isi-isi pembelajaran. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran asas berfikir dalam mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama dalam setiap topik. Dalam kajian inovasi ini, murid telah didedahkan dengan alat bantu mengajar (ABM) iaitu Kad Misteri Sejarah. Kad Misteri Sejarah diinovasikan menggunakan kad bercetak yang mengandungi isi-isi dalam setiap topik pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kad ini juga merupakan kad permainan dan kad nota kecil yang melibatkan tiga jenis warna yang berlainan dan pada setiap kad tersebut mempunyai fakta atau isi yang berlainan berkaitan tajuk atau topik. Pelajar telah menggunakan Kad Misteri Sejarah ini selama 45 minit di dalam PdPc. Keputusan ujian Pos Kad Misteri Sejarah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding ujian Pra yang menggunakan kaedah pengajaran secara konvensional sebelum ini. Hasil soal selidik murid juga menyatakan murid lebih berminat dan seronok dengan menggunakan Kad Mesteri Sejarah ini. Kesimpulannya inovasi Kad Mesteri Sejarah di dalam PdPc dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengingati dan memahami secara seronok.