US78: MOISTUCASSAVA

NUREEN SYUHADAH NASUHA BINTI ASABUNGA KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Abstrak: Kajian ini bertujuan menghasilkan dan menilai keberkesanan pelembap muka berasaskan air rebusan ubi kayu (Manihot esculenta) bagi membantu merawat masalah kulit kering dalam kalangan pelajar. Air rebusan ubi kayu dipilih sebagai bahan utama kerana mengandungi pati, polisakarida dan nutrien semula jadi yang berpotensi bertindak sebagai humektan untuk mengekalkan kelembapan kulit, di samping mengurangkan pembaziran sisa dapur. Kajian ini dijalankan di Kolej Vokasional Tawau melibatkan 30 orang responden melalui kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik serta tiga orang testimoni melalui kaedah kualitatif bagi menilai keberkesanan produk MoistuCassava. Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen pra dan pasca ujian digunakan untuk menilai perubahan tahap kelembapan kulit selepas penggunaan produk selama tiga bulan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap tekstur, keselesaan dan keberkesanan pelembap dalam membantu meningkatkan kelembapan kulit tanpa menyebabkan iritasi. Hasil testimoni turut menunjukkan perubahan positif dari segi kelembapan, kecerahan dan keanjalan kulit. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa pelembap muka berasaskan air rebusan ubi kayu berpotensi menjadi alternatif semula jadi yang selamat, mesra alam dan berkos rendah dalam penjagaan kulit kering serta mempunyai potensi untuk dikembangkan ke peringkat pengkomersialan.

 

Keywords: pelembap muka, ubi kayu, air rebusan, semula jadi, komersial