Wan Zamilah Binti Wan Ibrahim Politeknik Besut Terenggganu
Pembelajaran berasakan digital amatlah menepati citarasa pelajar selaras dengan
perkembangan teknologi maklumat dan impak globalisasi menuntut beberapa perubahan
terutama disegi keilmuan. Pembelajaran menerusi kaedah e-learning ini membuka ruang
kepada pelajar untuk belajar di mana sahaja mereka berada. Aplikasi E-Panduan Solat
berasaskan kod QR ini satu cara membantu hafal bacaan dalam solat, memahami maksud dan
mendengar alunan bacaan yang betul. Ia hanya menggunakan kod QR dan talipon sahaja.
Seterusnya ke laman web dengan bahan ilustrasi yang tersedia. Bahan yang tersedia adalah
bacaan solat dari rukun pertama iaitu niat sehingga tahiyyat akhir. Inovasi ini akan membantu
masalah kurang hafal ayat-ayat bacaan dalam solat. Dengan menggunakan kod QR, mereka
boleh memilih bacaan mana yang mereka kurang arif dengan kadar segera. Ia juga adalah
pembelajaran kendiri dan melenyapkan perasan rendah diri terhadap orang sekeliling. Bahan
ini boleh disimpan di talipon, ditampal di dinding atau disimpan dalam dompet sahaja.
Kata kunci: Kod QR, Bacaan solat, Pembelajaran kendiriType Your Abstract Here!