Salhana Binti Sahidin @ Salehudin Politeknik Sultan Azlan Shah
Unit Penilaian dan Peperiksaan (UPEP), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah membangunkan satu laman web bagi menguruskan maklumat berkaitan peperiksaan dan penilaian. Laman Web ini dinamakan ExIMS. Ia dibangunkan bagi menyempurnakan data atau maklumat secara real-time dalam Laman Web Rasmi PSAS berkenaan pengurusan maklumat peperiksaan dan penilaian. Sasaran maklumat adalah untuk makluman dan panduan kepada pengguna yang terdiri daripada pelajar, pensyarah. graduan dan alumni. Ia merupakan media maklumat sepusat untuk para pengguna berinteraksi dengan UPEP. Dalam pembinaan projek inovasi ini, paparan maklumat bagi pelajar adalah terdiri daripada Makluman Peperiksaan, Takwim Aktiviti Pentaksiran, Pindahan Kredit dan Pengecualian Kursus, Jadual Waktu Peperiksaan Akhir, Peperiksaan Akhir Khas dan Permohonan Rayuan Keputusan. Bagi pengguna selain pelajar, maklumat statistik keputusan pelajar, bilangan graduan dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan boleh diperolehi. Selain daripada itu, maklumat bagi para graduan dan alumni juga boleh dicapai di dalam laman web ini bagi urusan tuntutan sijil samada belum diambil atau ingin memohon Salinan Sijil dan Transkrip Akademik. Graduan dan alumni juga boleh menyemak status pengambilan sijil dan maklumat pensijilan. Idea tercetusnya pembinaan laman web ini adalah apabila tiada media berpusat untuk menyalurkan maklumat dan pengguna terpaksa menunggu untuk satu tempoh bagi mendapatkan respon. Kaedah komunikasi yang digunakan sebelum ini adalah melalui emel, telefon dan hebahan melalui jabatan akademik. Walaubagaimanapun, sebaran makluman ini tidak menyeluruh dan hanya segelintir sahaja pelajar dan pengguna yang mendapat maklumat tersebut. Dengan adanya inovasi Laman Web ExIMS sebagai media maklumat sepusat, maklumat penting berkaitan peperiksaan lebih mudah disebarkan. Inovasi ini juga sangat membantu pegawai untuk menguruskan maklumat peperiksaan dan memudahkan pengguna mencari maklumat tanpa menunggu respon emel dalam satu tempoh yang lama.