JS367: LUNA TRACKER

MAHALECHUMI A/P MURUGAYAH SJKT AIR KUNING SELATAN

“LUNA TRACKER” diperkenalkan untuk mengatasi masalah murid dalam penguasaan topik fasa bulan dan membolehkan murid untuk meningkatkan kefahaman terhadap topik fasa bulan. “LUNA TRACKER” ini dihasilkan berpandukan teori konstruktisvisme dan teori behaviorisme. Kit ini boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains. “LUNA TRACKER” boleh dijadikan sebuah platform kepada murid untuk menguasai kemahiran yang ditetapkan dalam kurikulum KSSR iaitu kemahiran menaakul. Cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan pasca. Hasil analisis data menunjukkan bahawa penggunaan “LUNA TRACKER” dapat meningkatkan kefahaman dalam topik fasa bulan.