NUR ALISSA AINURIN BINTI MUHAMMAD ZULKARNAIN SMK TAMAN DESA JAYA
ABSTRACT
1Smk Taman Desa Jaya (MALAYSIA)
SMART DETERGENT PUMP V1
Projek SMART DETERGENT PUMP V1dibangunkan untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna mesin basuh domestik apabila ingin memasukkan detergen ke dalam mesin basuh. Terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti, iaitu botol detergen yang berat dan menyukarkan pengguna, kesukaran untuk menyukat kuantiti detergen yang sesuai untuk setiap muatan cucian, dan mesin basuh domestik yang tidak menyediakan satu alat untuk memasukkan detergen secara automatik. Berdasarkan masalah yang dihadapi, projek SMART DETERGENT PUMP V1dicipta dengan beberapa objektif penting. Pertama, peranti ini direka untuk memberikan detergen mengikut keperluan muatan cucian, sama ada sedikit, sederhana, atau penuh. Kedua, mesin automatik juga dapat memudahkan pengguna, lalu menjimatkan masa dan tenaga. Ketiga, peranti yang dibangunkan juga lebih praktikal, mesra pengguna, dan mampu melaksanakan proses pengisian detergen secara automatik apabila diberi arahan disamping harganya yang sangat berpatutan. Alat dan bahan yang digunakan untuk merealisasikan projek ialah Arduino Uno, tiga suis, satu modul relay, satu motor pam 5V, power bank, dan beberapa wayar penyambung yang sesuai. Cara kerja peranti adalah mudah; apabila butang 1 ditekan, peranti akan menyalurkan detergen untuk muatan cucian yang sedikit. Butang 2 sesuai untuk muatan yang sederhana, manakala butang 3 akan menyalurkan detergen yang lebih banyak untuk muatan yang penuh. Antara kelebihan peranti SMART DETERGENT PUMP V1ialah dapat menyediakan detergen yang sesuai dan seragam, mengelakkan pembaziran, memudahkan pengguna, dan sesuai digunakan pada pelbagai mesin basuh yang memenuhi spesifikasi. Dengan penggunaan peranti ini, proses mencuci pakaian lebih mudah, menjimatkan masa, dan lebih efisien, sambil memastikan kebersihan pakaian lebih wangi dan sempurna.