US320: METALCLEAN MAX: Sistem Mekanikal Pembersihan Karat Dan Cat Berkecekapan Tinggi Bagi Penyediaan Permukaan Logam

Muhammad Hafizuddin Bin Mohamad Nodri Kolej Vokasional Slim River

METALCLEAN MAX ialah inovasi penyediaan permukaan logam yang dibangunkan untuk mempercepat pembersihan karat dan cat sebelum kerja kimpalan. Berbanding kaedah manual menggunakan kertas pasir atau berus dawai yang lambat, tidak sekata dan meletihkan, sistem ini menggabungkan mekanisme mesin canai dengan struktur pegangan yang lebih stabil, selamat dan mudah dikendalikan. Ujian kefungsian menunjukkan proses pembersihan logam menjadi lebih pantas, konsisten dan berkesan, sekali gus meningkatkan produktiviti, mengurangkan beban kerja operator serta menyokong kualiti penyediaan bahan. Inovasi ini sesuai diaplikasikan di bengkel TVET, fabrikasi dan penyelenggaraan logam.